Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin enggan mengulas dakwaan yang mengatakan bahawa nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih tiada dalam pangkalan data Jabatan Penjara Malaysia.<br /><br />Sebaliknya beliau mempersoalkan sama ada maklumat mengenai setiap pangkalan data yang dimiliki oleh pihak penjara selama ini diketahui umum atau sebaliknya.